Tag Archives: tasawuf

Azam peningkatan diri berterusan

12 Feb

walau pun kita bukan sempurna, sikap sentiasa ikhtiar meningkatkan diri akan menjadikan diri kita lebih dekat dengan diri kita yang kita idamkan- iaitu menjadi hamba Allah yang terbaik. Doa mencapai keunggulan diri. “Ya Allah, jadikanlah terbaik amalan ku amalan penutup (husnul khatimah), terbaik dari umurku- yang terakhir (iaitu minta supaya graf kualiti kehambaan kita sentiasa menaik dan tak menurun), dan yang terbaik dari hariku adalah hari bertemu denganMu (bila mendapt keredhaan Allah, hari bertemu dengan Allah akan menjadi hari terbaik. Rugilah jika kita meletakkan sasaran hari terbaik kita hari graduasi, hari kenduri perkahwinan, atau hari jadi jutawan atau bergelar dato.) Teruskan meningkatkan amalan diri untuk mencapai sasaran kita menjadi diri kita versi terbaik sebagai hamba Allah. Jangan sekadar 1.0 atau 2.1.1. Biarlah sentiasa meningkat sehingga akhir hayat

Bagaimana Untuk Menghadapi Site Yang menghina Agama?

12 Jan

Walaupun blog PDA ini lebih bertujuan memaparkan artikel ” bgm untuk”, iaitu panduan yang saya berikan sekadar yang mampu, kalil ini saya betul-betul bingung dan sedang menanyakan ” bagaiman untuk” kerana saya belum dapat formula lagi. Jika sahabat-sahabat mempunyai  cara, mohon tulis ke sini san berkongsi bersama kita.

Saya baru mempunyai kelapangan untuk bersiar di sekitar internet, maka saya terkejut dan tidak bersedia apabila menghadapi site site yang menghina Islam. Walaupun sudah berumur dan berpengalaman di dunia, pengalaman di internet agak kurang.

Saya tidak pernah sengaja mencari website sebegini, tetapi ianya selau timbul kerana mereka timbul dengan keyword atau tag yagn sama juga. Saya telah terjumpa forum khas mengenai murtad oleh penduduk Indonesia (alhamdulillah setakat saya terbaca sekali lalu, tidak terjumpa lagi gaya bahasa Malaysia, semuanya Indonesia.

tadi juga saya terjumpa melaui tag surfer akidah dan tasawuf, blog yang bunyinya seolah-olah memohon untuk menjadi ahli neraka. Adakah mereka tak faham Arab, atau saya yang kurang faham Arab, atau mereka memang sengaja mendabik dada mencabar Allah untuk menjadikan mereka ahii neraka, waiya zubillah.

Saya memang fikir golongan sebegini baik kita jangan camur saja dengan mereka, kalalu beri komen pun, nanti berdebat yagn menlukakan hati dan membazir masa saja, lebih baik gunakan masa untuk bercakap dengan mereka yang minat kepada Islam.

namun, kalau sesiapa ada fikir cara supaya mereka tidak boleh mengganggu tag yang kita gunakan, atau bagamana caralah supaya kehidupan kita tidak bertembung dengan mereka. kalau kita tidak bertembung dengan website lucah kerana tidak sama tag line atau keyword, bagaimana boleh mengelak diri dari bertembung dengan site site sedemikian?

Saya harap penceritaan saya ini tidaklah menjadi iklan pula kepada blog tersebut sehinggakan terdapat pula sahabat yang mencari blog tersebut. jangan cari, kita nak fikirkan bagaimana untuk mengelak, dan kalau bertembung juga, adakah patut kita biarkan saja berlalu atau tanggungjawab kita  untuk menegur mereka.

Semoga Allah memberi jawapan kepada saya, walahua’lam

Ide untuk Mencari Pahala Bonus: Pengenalan

26 Oct

Kita sentiasa berfikir bagaimana untuk mencari pahala bonus. Jika kita tidak sedemikian, kita kena menjadi sedemikian!

Mungkin kita mendapat sumber pahala utama dari:
amalan ibadat khusus seperti solat,
amalan ibadat sunat seperti zikir dan membaca quran
amalan ibadat harian mengikuti sunnah rasulullah seperti bersugi, berpakaian, dll
amalan khidmat masyarakat seperti bersedekah, dll.

Pahala ini juga boleh ditetapkan supaya ia sentiasa mengalir. Ini dinamakan pahala jariah. Ia seperti di atas, tetapi ditambah dengan faktor mengalir iaitu:

mengajar seseorang melakukan perkara di atas. Selagi dia melakukannya, atau mengajar orang lain melakukannya, kita akan dapat pahala bonus atau pahala komisyen.

Memberi kemudahan kepada orang lain membuat amal, seperti menyediakan telekung, selipar solat, maka kita akan mendapat pahala asas bersedekah dicampurkan lagi dengan pahala bonus apabila individu beramal dengan menggunakan kemudahan yang kita sediakan.

Menyumbangkan wang atau harta yang terus boleh dimanafaatkan kepada orang lain seperti waqaf bangunan, jalan, tanah, harta amanah (harta yang digunakan manafaatnya tanpa habis harta tersebut)

Selain dari mendapat pahala asas, kita juga boleh mendapat pahala bonus yang kecil-kecil. Saya namakan ini pahala menyambil. Iaitu, kita melakukan amalan baik tak kira bagaimana kecil kepada siapa saja. Yang menjadikan faktor adalah pahala ini dapat dilakukan secara menyambil tanpa mengeluarkan modal yang banyak atau memerlukan pengorbanan yang banyak. Mungkin ada orang mengatakan, kalau tanpa mujahadah, nanti pahalanya sikit.

Jangan salah faham. Memang kita perlu menjalankan amalan yang memerlukan pengorbanan untuk mendapatkan ganjaran yang banyak.
(insert hadith kamu tidak akan … selagi kamu tidak menyedekahkan apa yang kamu sayangi…)
Namun ini tidak bermakna Allah tidak melihat amalan-amalan yang kecil. Allah menjanjikan bahawa setiap amalan akan dibalas – meskipun ia sebesar satu zarah (surah Zilzalah) dan apa yang Allah balas nanti tidak akan menjadi kecil apabila kita di akhirat nanti.

Apa pun, yang penting mengenai projek pahala menyambil ini adalah kerana ia tidak memerlukan pengorbanan yang tinggi, ia mudah dipupuk bagi kita yang baru mula memikirkan hidup beramal ini. Disiplin memupuk diri menjalankan amal yang baik akan mendekatkan diri kepada Allah.

Selain daripada itu juga, amalan kecil ini tidak terlalu terdedah kepada cabaran ujub diri. Sedangkan apabila kita beramal yang besar-besar, kita juga harus menangani cabaran menjaga hati dari ujub, riak dan sum’ah. (tapi kalau kita ni ujub juga dengan amalan amalan kecil kita – itu kes teruk tu, dan kita harus berkursus intensif dalam amalan tasawuf membersihkan diri dari sifat mazmumah 🙂

Dalam siri pahala bonus ini saya mengharapkan juga cadangan dan ide kreatif dari rakan-rakan bagaimana lagi kita boleh mendapatkan pahala bonus. Jika ada rakan yang berminat untuk contribute artikel penuh juga dialu-alukan.

Sedikit tapi Berterusan

12 Oct

Falsafah pertama yang perlu difahami dan dipegang  dalam menjalankan langkah-langkah meningkatkan amalan diri adalah sedikit tapi berterusan. (saya perlu insert hadith tersebut).

Anda tidaklah perlu menjalan hanya satu perubahan pada satu masa, tetapi saya mencadangkan supaya anda meningkatkan tidak lebih dari  tiga sahaja amalan baru sehingganya ianya terbentuk menjadi tabiat anda. Dari segi darjah peningkatan pula, anda perlu tingkaatkan hanya satu darjah atau satu peringkat sahaja mengatasi kadar amalan sedia ada. Seperti usaha kita untuk naik ke tingkat dua, melangkah satu anak tangga demi atu anak tangga adalah lebih mudah dicapai berbandingkan jika anda cuba melompat terus ke tingkat dua.

Tidak salah jika anda ingin menyenaraikan semua amalan yang anda ingin tingkatkan. Cuma, dari segi amalan atau praktikal, anda harus menyenaraikan juga keutamaan, iaitu yang mana satu yang anda akan dahulukan dalam pembentukan diri, dan yang mana terkemudian.

Contohnya,  anda mungkin memlih puasa sunat isnin khamis, solat sunat,  serta bersedekah.  Anda mungkin akan memilih sama ada ingin membentuk dahulu solat dhuha, solat qabliah baadiah, atau solat tahajjud. Dalam puasa juga, anda mungkin perlu memilih untuk membentuk puasa isnin-khamis, atau puasa di tarih kalendar Islam 13,14,15.

nanti insyallah, kita akan bincangkan kriteria yang boleh digunakan dalam  memilih keutamaan

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuuk melakukan amal soleh dan semoga Allah menerimanya dan redha atas kita.