Tag Archives: kematian

Semoga Kita Jumpa di Sana Dalam Keredhaan Allah

6 May

link kepada berita kematian Allahyarham Dalilah. Saya amat terlambat mendapat berita mengenainya.

http://elviza.wordpress.com/2010/07/19/dalilah-tamrin-1968-2010/

Saudara saya, Allahyarham Dalilah Tamrin, dalam kenangan.

Saya tidak mengenali beliau secara rapat. Sekadar pengikut blog dan FB Allahyarham. Saya pernah menghantar nota menegur baliau atas gambar yang membuka aurat.  Tak sangka, belaiu menyambut manis terguran tersebut dan menga addkan saya dalam FB. Dari situ saya mengenali  sikap dan pemikiran beliau, dan jatuh cinta kepada beliau. Semoga Allah mengampuni semua dosa beliau dan memasukkan beliau ke dalam golongan hamba yang diredhai, dan semoga kita  juga  sedemikian. Marilah kita sama-sama membacakan  surah fatihah, dan menghadiahkan fadhilat atau keberkatannya kepada Allahyarham Dalilah, dengan izin Allah.

Saya tidak ingin bersedih atas pemergian beliau menghadap kepada Allah, cuma ingin mengambil semangat di sini, untuk meneruskan kehidupan ini sebagai peluang yang diberi Allah, untuk berikhtiar lagi mendapat keredhaanNya.

Bagaimana kah langkah-langkah kita seharian untuk mendapatkan keredhaanNya?

1) Setiasa bertaubat, iaitu kembali ke pangkuan Allah memohon ampun dan restu, menyemak diri jika ada tingkahlaku yang tidak menepati syarak atau sumbang, dan berazam untuk mambaikinya. Untuk ini, kita juga harus berdoa supaya Allah sentiasa menunjukkan kepada diri kita jika ada  tingkahlaku  sumbang yang perlu dibaiki, kerana tanpa teguran dan bimbingan dari ALlah, kita tentu akan merasa puas hati saja dengan tingkahlaku kita dan tidak nampak kesalahan sendiri yang perlu diperbaiki.

2)Sentiasa berikihtiar melengkapkan lagi diri dengan ilmu-ilmu yang akan membimbing kita menjadi hambanya yang taat. ini termasuk tauhid, fiqh dan tasawwuf

3)Sentiasa dalam usaha meningkatkan amal, memulakan amalan baru serta istiqamah dalam amalan yang telah sedia ada

4)Sentiasa berikhtiar untuk menyebarkan ajaran agama, saling memotivasikan antara satu sama lain untuk masing-masing berlumba mengejar keredhaan Allah.

Dalam menjalankan ikhtiar-ikhtiar di atas, kita bertawakal kepada Allah, memohon kekuatan dan pertoongan daripadanya, dan  mempuyai harapan yang tinggi bahawa Allah tidak akan mengecewakan  harapan hambaNaya kepada Nya. Kita yakinkan diri dengan janji Allah bahawa Dia suka untuk bertemu hambaNya yang suka untuk bertemu denganNya.

Jika kita berterusan dalam keadaan begini, bolehla kita  memandang positif  terhadap kematian, sehingga mungkin juga  ada di antara kita yang meningkat ke tahap merindui saat bertemu dengan Allah.

Apa Yang patut kita lakukan sementara menunggu untuk berjumpa dengan Allah?

9 Apr

alhamdulillah, semasa saya menulis ini bagi saya, dan semasa membaca ini bagi sahabat seperjalanan, kita masih  belum dimatikan  oleh Allah lagi, dan kita masih diberi peluang oleh Nya untuk meningkatkan azam untuk menjadi hamba Allah yang lebih taat, berazam untuk menjadi pendakwah yang lebih berkesan.

Sebelum ini, saya selalu memberi gambaran kepada rakan-rakan  bahawa gaya hidup kita yang paling sesuai adalah seperti orang yang bersedia untuk memulakan perjalanan: pakaian telah disimpan di dalam beg, bekalan dan perancangan perjalanan telah di atur. Cuma, oleh kerana kita tidak memandu sendiri, kita perlu bersabar menunggu ‘teksi’ malaikat maut untuk menjemput. Sementara menuggu, dengan beg telah tersimpan, kita tetap perlu memenuhi keperluan hidup, perlu makan, tidur, ke tandas dll, juga menyediakan keperluan hidup bagi taggungan kita di rumah. Cuma, dalam melakukan ikhtiar ini, kita harus sentiasa beringat,  kita perlu melakukannya secara ala  kadar dan mengikut keperluan sahaja ( kerana tak mahulah kita dihonkan teksi semasa sedang membina rumah baru- rugi saja tinggalkan rumah baru tersebut, da takut silap-silap, tertinggal beg perjalanan dalam kekalutan pergi dengan tidak bersedia.

Cuma saya dapati dalam gambaran saya tadi ada kekurangannya. Iaitu jika seseorang sedang menunggu untuk mula perjalanan, mungkin dia sudah tidak minat lagi untuk berbuat apa-apa kepada tempat yang nak ditinggalkannya itu.  Saya sendiri kalau akan memulakan perjalanan, makan pun dah tak ‘lalu’. Sedangkan kita sebagai Muslim, dituntut untuk bersemangat bekerja selagi hayat masih ada.

Maka saya betulkan sedikit gambaran falsafah hidup ini;  iaitu, sementara kita menunggu untuk memulakan perjalanan yang  kita tidak tahu entah bila, kita perlu memenuhi masa menunggu kita dengan ikhtiar-ikhtiar menambahkan bekalan.  Sementara menunggu teksi tak berjadual, untuk memulakan perjalanan yang tidak ada kembali ini, kita masih dituntut melakukan dua lagi perkara selain yang disebut di atas:

1) meningkatkan lagi persediaan dan perbekalan perjalanan serta keperluan kehidupan di tempat baru yang bakal kita huni selamanya. Selagi tesi belum sampai, masih ada peluang untuk meng ‘upgrade’kan  dan me ‘renew’kan perbekalan kita

2) mempersiapkan untuk mengingatkan  tanggungan yang bakal kita tinggalkan mengenai perlunya mereka mempersiapkan diri pla keran kita tidak boleh mempersiapkan pebekalan untuk mereka.

Maka gambaran kita menungu teksi bukanlah gambaran seseorang duduk di kusye mundar mandir dan jemu menunggu teksi, sebaliknya perlu ada gambaran kita bergegas ke sini ke sana, menambahkan lagi apa yag perlu, disamping memberi pesanan ini dan itu kepada tanggungan dan sahabat di sekeliling.

Jadi sekarang saya menanyakan soalan ini kepada saya dan sahabat  seperjalanan sekelian?

Sudahkan kita mengemaskan beg dan perbekalan? kerana mungkin mungkin teksi sudah menunggu di halaman rumah. Jika belum, kemaskanlah dahulu yang mana ada, dan janga lupa memasukkan pebekalan husnul zan kepada Allah, da penunaian semua tuntutan yang fardhu. Jika ada hutag yang bleum dibayar kepada manusia, atau hutang solat atau puasa yang belum dibayar kepada Allah, ikhtiarkanlah ia sekarang juga.

Jika beg telah tersimpan, dan teksi belum tiba, adakah kita duduk membuang masa, mengeluh jemu menunggu teksi tiba, atau adakah kita memanafaatkan masa yang ada untuk membantu tangungan kita, dan meningkatkan kualiti perbekalan kita?

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk melakukan sedemikian dengan terbaik dan ter berkesan. Semoga perjalanan kita mendapat lindungan rahmat dari ALlah, dan semoga pesanan yang  sempat kita tinggalkan diizinkan ALlah untuk memperingatkan seramai orang yang mungkin untuk bersedia  menghadapi perjalanan mereka sendiri menuju Allah, Amin Ya Rabal Aa’lamin. Walaupun kami belum yakin dengan persediaan diri, kami rindu untuk berjumpa mu Ya Allah. Dan jemputan belum tiba, kam berjanji ya Allah, untuk menggunakan sepenuhnya umur yang engkau berikan untuk mencari kebaikan dan menyebarkan kebaikan, ya ALlah- bantulah kami dalam ikhtiar ini Ya Allah, dan rahmatilah kami Ya Allah!

www.murai.com.my : Jenazah Yanie Dikebumi Tengahari Semalam

3 Apr

www.murai.com.my : Jenazah Yanie Dikebumi Tengahari Semalam

Posted using ShareThis