Archive | Khidmat masyarakat RSS feed for this section

Perpanjangkan Sedekah dan Hadiah Kepada Orang Lain

26 Oct

Adakah anda selalu mendapat hadiah yang anda tidak tahu apa yang nak dibuat dengannya? Sesetengah orang berpendapat bahawa hadiah adalah sesuatu yang sentimental dan anda wajib menyimpannya sebagai tanda penghargaan kepada si pemberi.

Bagaimana kalau anda menukar perspektif, iaitu hadiah adalah sesuatu pemberian sebagai amalan dalam Islam. Maka menghargainya adalah dengan cara memanafaatkannya sepenuhnya.

Hadiah memang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan termasuk dalam amal yang mendapat pahala juga.

Hadith Rasulullah “tahaadu- tuhibbu” (maaf, belum tahu mana nak cari font jawi). “hadiah menghadiahilah sesama kamu- akan timbul perasaan cinta mencintai” Hadith ini saya hafal amalkan dan amalkan sebab hasilnya di dunia lagi dah nampak – tak pe itu cerita lain kali, cerita hari ini nak menanjangkan hadiah)

Jadi, kalau kita dihadiahkan dengan sesuatu yang kita kurang manafaatkan, jangan dibiarkan ia berdebu sahaja, panjangkan ia kepada pihak lain yang lebih menghargainya. Insyallah pahalanya dan kasih sayangnya juga akan dirasakan oleh si pemberi pertama tadi.

Contohnya: seseorang menghadiahkan makanan yang bagus kepada kita, tapi kita kurang minat dengan makanan tersebut atau ianya dalam jumlah yang banyak. Fikirkan siapa lagi yang minat dan akan seronok berkongsi makanan tersebut. Pengalaman saya sendiri, makanan tak habis dirumah, dibawa ke pejabat, jadi rebutan, makanan pejabat di bawa ke rumah juga seperti itu juga. Tambahan, bersyukur, saya berjiran dengan pondok pengajian yang mempunyai anak kecil. Jadi kalau apa makanan tak habis di pejabat, saya sentiasa volunteer nak menghabiskannya.

Contoh yang lain adalah hadiah cenderahati. Saya sendiri oleh kerana tidak berjiwa sentimental dan tidak berjiwa seni, dahulu selalu pening dengan hadiah-hadiah cenderahati. nak tolak, tak baik kerana pihak yang memberi ikhlas memberi. Sekarang saya dah jumpa beberap jalan kreatif nak memanafaatkannya. Antaranya adalah: merecycle plaque cenderahati. Pelajar dari insitusi saya boleh mendapatkan plaque yang saya dapat dari institusi saya sendiri, dan tampalkan nama penerima lain dengan cantik. Jimat belanja dan kurangkan perbelanjaan. Hadiah-hadiah kecil cenderahati dari lawatan overseas rakan, boleh disedekahkan ke tabung cabutan bertuah- pelajar amat meminatinya.

Bagaimana dengan plaque yang diberi oleh institusi lain kepada kita? Agak susah kita nak mencari seseorang di sana untuk merecyclekan cenderahati tersebut. Alhamdulillah, saya baru diberi ilham bagaimana untuk memanafaatkannya. Beri kepada seseorang dari institusi tersebut yang dapt menghargainya. Antara yang menghargainya adalah pengawal keselamatan atau pekerja pencuci bangunan. Saya pernah bertanya kepada pengawal keselamatan “encik dah lama kerja disini?” mengangguk. “Ada tak sesiapa pernah bagi cenderahati sebegini kepada encik?”  menggeleng “hari ini boleh tak saya nak beri cenderahati ini kepada encik. Enciklah yang layak mendapat cenderahati ini kerana encik telah lama bekerja disini.”   Setakat pengalaman saya, penerima selalunya seronok menerimanya. Cuma ( he he) saya berhati-hatilah, tidak melakukan perkara tersebut di hadapan si pemberi tadi – tak mahulah panjang cerita kerana mereka mungkin masih belum memahami falsafah kita. Insyallah memanjangkan sedekah atau hadiah ini tidak menunjukkan bahawa kita tidak suka hadiah tersebut, tetapi sekadar menyampaikannya kepada pihak yang menghargainya lebih dari kita.

Sediakan Selipar Tandas di Boot Kereta Anda

26 Oct

Perasan tak terdapat semakin banyak masjid yang tidak lagi menyediakan selipar tandas? Mungkin pihak masjid menganggap tandas mereka cukup bersih, atau mungkin pihak masjid sudah kecewa dan tak sanggup lagi menangani kes kecurian selipar tandas ini.

Apa pun, penggunaan selipar atau alas kaki ke tandas adalah termasuk ikhtiar menjaga kebersihan diri – iaitu sesuatu yang dianjurkan oleh Rasulullah secara umum. Selain dari itu, ia juga termasuk dalam anjuran khusus dari Rasulullah (antara anjuran yang lain adalah: baca doa khas keluar dan masuk, menutup kepala dan memakai alas kaki, duduk bertinggung, tidak menghadap atau membelakang qiblat secara tepat. Sila rujuk blog satizah – iaitu ustadz dan ustazah- untuk mendapatkan dalil dalil ini secara terperinci)

Jadi, anda ke tandas masjid dan tiada selipar disediakan dalam tandas tersebut. …..

Saranan saya: Sediakan selipar tandas simpanan di dalam kereta anda. Apabila anda menghadapi situasi sedemikian, keluarkan selipar tersebut untuk digunakan dan anda boleh tinggalkan terus selipar tersebut untuk kegunaan pengunjung lain.

Saranan tambahan. Cuba kekedai dan meninjau selipar murah. Bila anda jumpa yang murah, beli sepuluh atau lebih. Contonhya, saya pernah jumpa selipar dengan harga Rm1.70 – Beli sepuluh baru tujuh belas ringgit. Kalau sangat minat beli saja seratus baru seratus tujuh puluh 🙂
dah boleh bersedekah ke seratus masjid.

Saranan tambahan tambahan: Jika anda rajin, anda boleh tolong buatkan seperti yang biasa dibuatkan oleh masjid, memotong sedikit selipar. Secara adatnya, selipar ‘potong telinga’ ni difahami bahawa selipar waqaf masjid, dan tidak akan ditersalahbawabalikkan oleh sesiapa.( atau kurang sikit peluang ter nya)

Dan seperti biasa, jika anda nak bawa lagi amalan ini menjadi lebih jauh perbatuan, sebarkan ide ini kepada rakan-rakan. Anda juga boleh beri hadiah sepuluh selipar murah kepada rakan untuk dimuatkan ke boot keretanya. Jika anda ingin berbuat sedemikian, pastikan penerima hadiah ini sama wavelength dengan anda- wahdatul fikr– sepemikiran. Jika tidak, mungkin ini menjadi beban pula kepada dia dan menjadi amalan pahala bonus.

Dakwah Bil Hikmah (DBH) – Menjalankan projek amal di tempat anda

20 Oct

Saya sebenarnya ingin membuka website bertajuk dakwah bil hikmah, atau apa yang sekitar lingkungan keluarga saya pendekkan sebagai DBH. Namun memandangkan sasaran pembaca adalah sama- iaitau mereka yang ingin mendekatkan diri kepada Allah, maka saya ekonomikan projek dan akan hanya membuka ruangan DBH sebagai salah satu dalam kategori Projek Dunia Akhirat (PDA).

Saya amat-amat berharap agar saudara, jika terbaca ruangan ini, akan memberitahukannya kepada rakan anda dan membawa mereka ke sini. Bukanlah tujuan saya untuk popular, tetapi sebagai ikhtiar untuk menyampaikan dakwah dalam kapasiti saya sendiri – tentulah kita nak seruan kita sampai kepada seramai orang yang mungkin.

ustazah saya Ustazah Zaharah Abu Bakar, selalu berpesan. Kita tak boleh mengharap untuk masuk syurga seorang kerana urusannya tidak dibuat begitu. Jika kita ingin masuk ke syurga, tugas kita untuk mengajak serami orang yang boleh untuk bersama masuk syurga.

Ada pelbagai jalan berhikmah untuk berdakwah, dan antara yang paling berhikmah adalah dengan membuat kerja-kerja amal, dan mengajak orang lain bersama membuat aktiviti kerja-kerja amal. Ia lebih mudah dari dakwah langsung seperti mengajak orang menuntut ilmu dan tingkatkan amal ibadat.

Aktiviti kerja kerja amal ini mempunyai dua sasaran dakwah utama; iaitau 1) penerima khidmat masyarakat 2) penyumbang khidmat masyarakat. hari ini saya ingin tambahkan sasaran kerja-kerja DBH saya kepada golongan ketiga iaitu saudara 3) aktivis khidmat masyarakat.

Bagi golongan pertama, apabila ada saudara sesam islam membntu mereka walaupun sedikit, akan menceriakan diri mereka dan membuatkan mereka lembut hati terhadap ugama. Bagi golongan kedua, mereka ini memang berminat untuk melakukan amal, tetapi hanya akan melakukan apa yang mudah, yang dah ada depan mata, dan yang tidak memerlukan pengoranan yang terlalu berat buat mereka.

maka, bagaimanakah projek amal boleh berjalan dengan sendirinya? Dengan usaha dan ikhtiar golongan ketiga- iaitu saudara sebagai aktivis yang secara proaktif, memikirkan mengenai projek-projek amal ini.

Antara formula langkahnya adalah:
1) lihat sekeliling dan cari ruang membuat amal. Lihat sesiapa yang memerlukan bantuan dan lihat apa yang boleh dibantu. Jika anda telah lama menjalankan aktiviti ini, tidak lama lagi, anda tidak perlu lagi melihat sekeliling, kerana pihak yang memerlukan bantuan sendiri akan datang mencari anda atau dirujuk oleh orang lain kepada anda. Anda harus bijak untuk bantuan yang bagaimana yang boleh dijadikan projek, dan bantuan mana yang elok ditinggalkan sahaja buat sementara waktu. Anda juga harus bijak menangani permohonan banutan kerana anda tidak mahu sehingga anda dieksploitkan oleh pihak yang mengambil kesempatan. namun dalam menolak permintaan, anda harus bijaksana kerana kita tidak sekali-kali patut melukakan hati orang di dalam proeek amal ini.

2) langkah dua adalah anda melihat projek dalam bentuk yang orang lain boleh juga tutur menyumbang mengikut kapasiti mereka. Di sini anda harus bijak psikologi, membaca sumbangan yang bagaimana yang mudah orang beri, dan sumbangan yang bagaimana yang susah diberi. Selalunya orang yang bekerja tidak kisah menyumbang wang, tetapi sangat berkira dengan masa dan tenaga, sementara golongan sederhana pula tidak kisah menyumbangkan masa dan tenaga, tetapi mereka mungkin perlu diberi sedikit pampasan kewangan kalau tidak pun upah sepenuhnya. Kebijaksanaan anda mengurus sumber yang ada akan mneumbang kepada kejayaan projek

3) langkah tiga adalah ikhtiar dan tanggungjawab. Anda sebagai peneraju projek harus bertanggungjawab memberi komitmen masa, tenaga dan juga wang sendiri untuk menjayakan projek. Cuma, jika anda bijak, sumber dari orang lain boleh disalurkan dengan optimum supaya sumber anda sendiri boleh digunakan untuk memikirkan projek lain. Seandainya tiada lagi penyertaan dari masyarakat sekeliling, jangan risau, teruskan saja projek dengan diri sendiri, ahli keluarga, dan sahabat-sahabat yang rapat, dan mulakan dengan satu projek dahulu. Seperti yang dinasihatkan oleh Rasulullah SAW mengenai amal yang disukai Allah, biar sedikit tapi berterusan.

beberapa peringatan:

Jangan paksa orang lain melibatkan diri. Projek amal adalah pekerjaan sunat. Anda sendiri juga memilih untuk melakukan aktiviti tersebut. hanya kerana anda memilih aktiviti tersebut, jangan jangkakan orang lain juga mesti sedemikian. Berbaik sangkalah kepada rakan yang tidak mahu melibatkan diri. Mungkin mereka mempunyai perjuangan yang lebih tinggi keutamaan dari projek amal anda.

jangan buat projek yang tidak berkesudahan. Orang mudah jemu dengan apa saja yang tiada penghujungnya. Pekerjaan sara diri dan ibadat khusus wajib dilakukan berterusan, tetapi projek seperti amal adalah sunat sahaja. Oleh yang demikian, rancangkan projek supaya ianya kecil dan mampu dijayakan, dan mempunyai tarikh akhir. Dengan yang demikian, ahli-ahli yang terlibat boleh merasakan perasaan jaya menyelesaikan projek dan akan lebih terbuka dengan projek-projek kecil yang lain di masa hadapan. Jika anda membuat projek besar yang berterusan, penyumbang akan jemu dan akan meninggalkan anda satu demi satu. projek amal yang besar dan berterusan mesti melibatkan pekerja yang dibayar secara profesyenal dan bukan pampasan sedikit wang.