Apa Itu Projek Dunia untuk Akhirat (PDA)

Akhirat itu penting kerana kita akan di sana selamanya. Dunia hanya sekejap saja. Jadi, adakah dunia itu tidak penting?

Bahkan, dunia itu tersangatlah penting kerana Allah telah meletakkan kita di dunia ini sekarang dan dunia lah jambatan dan kunci kepada akhirat.

Maka, marilah kita bertekun menjalani dunia dan menukarkan kesemuanya sebagai bekalan akhirat.

Bagaimana untuk berjaya di dunia untuk berjaya di akhirat? Bagaimana untuk mengusahakankan seratus peratus dari kehidupan dunia ini untuk menjadi bekalan akhirat?

Kita melakukannya dengan  meniatkan, merancangkan, dan menjalankan semua projek-projek kita di dunia ini — untuk akhirat.

Kejayaan kita di dunia ini tidak kita ukur  dengan menggunakan kriteria kejayaan orang-orang duniawi, tetapi menggunakan kriteria kejayaan yang digariskan oleh Rasulullah SAW, dan yang digariskan di dalam Al Quran.

Blog ini bertujuan untuk mengajak diri saya dan saudara merancang, mengambil inisiatif memulakan, serta mendisiplinkan diri istiqamah dalam projek-projek  individu dan berkelompok  bertujuan untuk mendatangkan hasil di akhirat nanti, dengan izin dan rahmat Allah.

Untuk berjaya di akhirat, kita memerlukan bekalan ilmu agama, iaitu mengenali Allah dan sifatNya berhubung dengan diri kita; mengenali tujuan kita dijadikan, serta perintah dan larangan dari ALlah kepada kita. Tidak kkurang juga kita memerlukan ilmu mengenali diri, iaitu psikologi insan, jalan terbaik untuk mengawal diri kita dalam usaha menjadi hamba Allah yang taat.

Untuk kuat bertahan menjalankan projek-projek untuk akhirat, kita juga memerlukan projek-projek sara diri di dunia ini seperti memenuhi keperluan biologikal dan sosial; makan, minum, rehat dan tidur, berkasih sayang dan bergembira- yang memerlukan kita mencari nafkah dan berkerjaya. Projek-projek sara diri ini penting dan menjadi pra syarat kepada projek-projek hasil akhirat, namun jika kita tidak bijak menanganinya, projek-projek sara diri ini akan mensita seluruh masa dan tenaga kita hingga projek yang sebenarnya tidak lagi menjadi tumpuan utama.

Mari kita gunakan ruang ini untuk berbincang dan saling mempelajari bagaimana untuk menjayakan projek-projek akhirat kita, dengan memberi ruang kepada projek sara diri, dengan ingatan bahawa ianya perlu hanya pada kadar minima, cukup untuk memberi kita kekuatan dalam menjayakan prjek utama kita iaitu untuk mendapatkan hasil di akhirat nanti- keredhaan dan keampunan dari Allah subhanahuwataala, dan semoga dengan ikhtiar kita di dunia ini dapat melayakkan kita untuk mendapta kasih sayang, keampunan serta keredhaan Allah, dan ditempatkan di dalam jannah tanpa hisab- itulah kejayaan yang paling unggul.

Semoga usaha ini diterima oleh Allah dan dizinkan Allah supaya saya dan saudara berjaya didunia untuk berjaya diakhirat.

wallahu a’lam- dan Allah yang lebih mengetahui dari kita semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: