Ajal kita mungkin hari ini- Sudah bersediakah kita?

27 Apr

Utusan Malaysia Online – Terkini.

Anak dewasa kepada seorang sahabat saya telah meninggal dunia semalam. Arwah baru berumur 27 tahun. Mari kita hadiahkan pahala dan keberkatan fatihah atau yassin untuk beliau. SemoAllah mengampuni semua dosa-dosa beliau dan mengangkat darjah beliau  menjadi dalam golongan hamba yang soleh.

Bagi kita yang masih diberi masa di dunia ini, eloklah mengambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku- ajal dan maut tidak mengenal umur. Maut boleh menjemput pada bila-bila masa sahaja tanpa notis. Anak-anak saya yang dewasa juga berumur 27 dan 28. Dari cakap-cakap mereka, saya tidak nampak lagi wawasan mereka melangkau hingga ke akhirat. Betul, mereka dirikan solat dan tutup aurat, tapi selain dari menunaikan perintah wajib tersebut, adakah mereka bangun pagi dengan azam untuk meningkatkan bekalan amal bagi hari tersebut. Perbincangan juga lebih kerap berlegar sekitar peningkatan kerjaya dan kewangan. Saya tidak boleh marah atau kecewa dengan mereka. Saya sendiri juga semasa muda daulu, jarang memikirkan perkara-perkara akhirat secara harian.

Walaupun tidak salah mebincangkan hal duniawi, saya selalu terfikir-fikir, bagaimanakah untuk mengubah wawasan seseorang daripada memikirkan perancangan kebajikan di dunia sahaja- kepada perancagan akhirat. Saya belum berjaya menarik perhatian anak-anak saya dalam perkara ini, dan saya masih mencari-cari formula peringatan yang berkesan bagi orang muda yang belum terfikir mereka akan mati hari ini.

Bagi kita yang lebih tua pula, pelbagai peringatan telah diberikan oleh Allah kepada kita untuk mengingatkan kita mengenai betapa sangat sementaranya dunia yang kita huni ini. Selain dari kulit yang semakin mengedut dan rambut yang mula beruban, kita juga di ziarahi penyakit-penyakit remeh temeh- lenguh, sengal, terseliuh, dan macam lagi reaksi badan akibat semakin lemah menghadapi cabaran dunia. Namun, lebih banyak masa seharian kita tumpukan kepada penyenggaraan tuntutan kerjaya, dan bukan kepada bekalan akhirat.

Saya selalu memikirkan bahawa manusia tidak bertungkus lumus menyediakan bekalan akhirat kerana mereka ‘perasan’ bahawa mereka akan hidup lebih lama lagi, maka mereka bertangguh. Namun, saya memerhatikan, terdapat sahabat yang telah diberitahu oleh doktor bahawa mereka mempunyai masa yang pendek saja lagi untuk hidup. Adakah mereka bertungkus lumus beramal dan berdakwah?  Sedih untuk menyatakan- tidak juga. Saya membaca blog  beberapa orang yang telah mengidap penyakit  yang membawa maut ( walaupun kita tidk bolhe menghukum begitu- pada adatnya lah, ianya begi Entries kepada blog dan facebook merka juga lebih kepada perkara remeh temeh harian dan bukan kepada ikhtiar akhirat. Saya bukanlah nak mengkritik kelemahan mereka. Saya cuma terfikir, adakah semua insan begitu, lebih cenderung kepada kehidupan seharian disini daripada berfikir apa yang ada diseberang sana, walau pun sudah mendapat tiket ke sana.

Saya masih belum menjumpai formula yang berkesan untuk mengajak semua orang . termasuk diri saya , supaya lebih akhirat oriented berbanding dengan dunia oriented. Setakat ini, cuma beberapa tips untuk meningkatkan amalan harian. Semoga Allah memberi cahaya yang terang, menunjukkan jalan bagaimana untuk berkempen sedemikina kepada orangramai.

wallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: