Apa Yang patut kita lakukan sementara menunggu untuk berjumpa dengan Allah?

9 Apr

alhamdulillah, semasa saya menulis ini bagi saya, dan semasa membaca ini bagi sahabat seperjalanan, kita masih  belum dimatikan  oleh Allah lagi, dan kita masih diberi peluang oleh Nya untuk meningkatkan azam untuk menjadi hamba Allah yang lebih taat, berazam untuk menjadi pendakwah yang lebih berkesan.

Sebelum ini, saya selalu memberi gambaran kepada rakan-rakan  bahawa gaya hidup kita yang paling sesuai adalah seperti orang yang bersedia untuk memulakan perjalanan: pakaian telah disimpan di dalam beg, bekalan dan perancangan perjalanan telah di atur. Cuma, oleh kerana kita tidak memandu sendiri, kita perlu bersabar menunggu ‘teksi’ malaikat maut untuk menjemput. Sementara menuggu, dengan beg telah tersimpan, kita tetap perlu memenuhi keperluan hidup, perlu makan, tidur, ke tandas dll, juga menyediakan keperluan hidup bagi taggungan kita di rumah. Cuma, dalam melakukan ikhtiar ini, kita harus sentiasa beringat,  kita perlu melakukannya secara ala  kadar dan mengikut keperluan sahaja ( kerana tak mahulah kita dihonkan teksi semasa sedang membina rumah baru- rugi saja tinggalkan rumah baru tersebut, da takut silap-silap, tertinggal beg perjalanan dalam kekalutan pergi dengan tidak bersedia.

Cuma saya dapati dalam gambaran saya tadi ada kekurangannya. Iaitu jika seseorang sedang menunggu untuk mula perjalanan, mungkin dia sudah tidak minat lagi untuk berbuat apa-apa kepada tempat yang nak ditinggalkannya itu.  Saya sendiri kalau akan memulakan perjalanan, makan pun dah tak ‘lalu’. Sedangkan kita sebagai Muslim, dituntut untuk bersemangat bekerja selagi hayat masih ada.

Maka saya betulkan sedikit gambaran falsafah hidup ini;  iaitu, sementara kita menunggu untuk memulakan perjalanan yang  kita tidak tahu entah bila, kita perlu memenuhi masa menunggu kita dengan ikhtiar-ikhtiar menambahkan bekalan.  Sementara menunggu teksi tak berjadual, untuk memulakan perjalanan yang tidak ada kembali ini, kita masih dituntut melakukan dua lagi perkara selain yang disebut di atas:

1) meningkatkan lagi persediaan dan perbekalan perjalanan serta keperluan kehidupan di tempat baru yang bakal kita huni selamanya. Selagi tesi belum sampai, masih ada peluang untuk meng ‘upgrade’kan  dan me ‘renew’kan perbekalan kita

2) mempersiapkan untuk mengingatkan  tanggungan yang bakal kita tinggalkan mengenai perlunya mereka mempersiapkan diri pla keran kita tidak boleh mempersiapkan pebekalan untuk mereka.

Maka gambaran kita menungu teksi bukanlah gambaran seseorang duduk di kusye mundar mandir dan jemu menunggu teksi, sebaliknya perlu ada gambaran kita bergegas ke sini ke sana, menambahkan lagi apa yag perlu, disamping memberi pesanan ini dan itu kepada tanggungan dan sahabat di sekeliling.

Jadi sekarang saya menanyakan soalan ini kepada saya dan sahabat  seperjalanan sekelian?

Sudahkan kita mengemaskan beg dan perbekalan? kerana mungkin mungkin teksi sudah menunggu di halaman rumah. Jika belum, kemaskanlah dahulu yang mana ada, dan janga lupa memasukkan pebekalan husnul zan kepada Allah, da penunaian semua tuntutan yang fardhu. Jika ada hutag yang bleum dibayar kepada manusia, atau hutang solat atau puasa yang belum dibayar kepada Allah, ikhtiarkanlah ia sekarang juga.

Jika beg telah tersimpan, dan teksi belum tiba, adakah kita duduk membuang masa, mengeluh jemu menunggu teksi tiba, atau adakah kita memanafaatkan masa yang ada untuk membantu tangungan kita, dan meningkatkan kualiti perbekalan kita?

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk melakukan sedemikian dengan terbaik dan ter berkesan. Semoga perjalanan kita mendapat lindungan rahmat dari ALlah, dan semoga pesanan yang  sempat kita tinggalkan diizinkan ALlah untuk memperingatkan seramai orang yang mungkin untuk bersedia  menghadapi perjalanan mereka sendiri menuju Allah, Amin Ya Rabal Aa’lamin. Walaupun kami belum yakin dengan persediaan diri, kami rindu untuk berjumpa mu Ya Allah. Dan jemputan belum tiba, kam berjanji ya Allah, untuk menggunakan sepenuhnya umur yang engkau berikan untuk mencari kebaikan dan menyebarkan kebaikan, ya ALlah- bantulah kami dalam ikhtiar ini Ya Allah, dan rahmatilah kami Ya Allah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: