Solat Gerhana Matahari

15 Jan

Pusat Islam institusi tempat kerja saya, UUM, mengedarkan panduan menjalankan solat gerhana matahari serta menjemput orang ramai bersama menjalankan solat tersebut.  Disamping itu, saya juga mendapat e mel yang diperpanjangkan, sisipan panduan solat gerhana dari Jabatan Agama negeri Perak. Semoga Allah memberi rahmat dan ganjaran kepada pihak-pihak yang rajin menyebarkan budaya Islam kepada orang ramai.

Saya begitu terujamengenai solat gerhana kali ini  kerana sepanjang umur saya yang dah dah 46 tahun ini, inilah baru pertama kali saya sedar dan dapat peluang untuk menyedari dan menjalankan solat gerhana matahari tepat pada waktunya dengan yakin mengenai kaifiatnya. Nampak sangat ceteknya ilmu dan pengalaman keagamaan diri.

Saya hanya pernah mengikuti solat gerhana bulan sekali semasa  Allah memberi peluang tersebut menjadikan kebetulan peristiwa gerhana bulan semasa salah satu dari sesi pengajian Ustadz Nuruddin ( AL Banjari AL Makki). Seronok sekali saya mengikuti solat gerhana untuk pertama kalinya.

Pengalaman saya mengenai gerhana bulan semasa remaja kurang manis, iaitu semasa gerhana bulan, saya dan rakan-rakan yang kurang ilmu agama terfikir untuk meraikan peristiwa tersebut dengan mengetuk-ngetuk  tong kosong beramai-ramai. Entah dari mana ide tersebut timbul, cuma yang kami teringat adalah kegembiraan menyambut peristiwa yang istimewa tersebut dan kegembiraan melakukan sesuatu beramai-ramai.

Rupanya peristiwa istimewa tersebut sebenarnya tidak dibiarkan Allah untuk kita menyambut sesuka hati kita sahaja. Dalam Islam rupanya, Allah telah menyediakan cara yang lebih bermanafaat untuk dunia dan akhirat bagi menyambut peristiwa tersebut. Semoga Allah mengampuni saya dan rakan atas kebodohan kami semasa remaja, dan sudi memberi hidayah kepada kami semua.

Alangkah bahagia saya apabila melihat anak-anak pra remaja saya begitu teruja dengan jemputan masjid berdekatan untuk mengikuti solat berjemaah beramai-ramai. Begitu berbeza sekali dari kami dahulu. Siap hantar sms dari masjid- “umi, orang perempuan pun boleh join”. Walau bagaimanapun, saya, suami dan adiknya solat dengan jemaah kecil sahaja di rumah.

Bahagia lagi apabila suami melaporkan hebahan khas dari pondok jiran; “ha.. tok- tok yang nak sembahyang  gerhana matahari mai lekas kat surau.”” * Terasa seperti menyambut hari raya pula. Semoga kita boleh melalaui lagi lebih banyak peristiwa yang memberi peluang kita beramai-ramai mengingati dan memuji Allah.

* catatan: Pondok yang berjiran dengan rumah saya mempunyai penghuni pelajar lelaki remaja dan wanita lanjut usia. jadi sebahagian dari hebahan mereka akan ditujukan kepada tok-tok, seperti contoh; “pelajar- pelajar dan tok-tok, sila datang mengaji sekarang.”Saya sungguh bahagia setiap kali mendengar hebahan-hebahan.””

One Response to “Solat Gerhana Matahari”

  1. Bujang August 5, 2010 at 1:29 pm #

    Satu pengelaman yang baik. Cerita saya pula begini. Saya tertanya-tanya kenapa kita dituntut solat gerhana? Saya tahu secara amalan kemasyarakatan, semasa gerhana, ada orang mengetok-ngetok dan ada pula yang sibok menggoncang pokok – terutama yang lama belum berbuah. Sememangnya perbuatan ini ‘kuno’. Walhal gerhana adalah satu fenomena sains yang boleh kita faham dan juga jangka masanya berlaku. Jadi, adakah tuntutan solat gerhana hanya untuk menutup praktik kuno tadi atau ianya juga satu perbuatan ketahyulan? Astaghfirullah… Tahun lepas semasa saya membuat pengisian untuk sebuah Laman Web Persatuan Islam tentang tarikh akan terjadinya gerhana – saya tersedar. Alhamdulillah, Allah telah memberi hidayah-Nya. Begini: Pada ketika gerhana, ketiga-tiga jasad – Bumi, Bulan dan Matahari – berderet lurus. Pada ketika beginilah tarikan garvity di antara jasad-jasad ini terkuat sekali. Katalah pada ketika itu salah satu dari jasad tersebut berkurangan atau bertamabah tarikannya. Bayangkan apa yang akan berlaku. Satu ledekan mega (implosion atau explosion) akan berlaku dengan izin Allah. Tetapi Allah Maha berkuasa. Allah tidak membenarkan ini berlaku. Dialah yang menentukan ketiga-tiga jasad ini dalam keadaan seimbang. Masya-Allah. Jadi solat yang kita kerjakan itu, kefahaman saya, adalah untuk kita membesarkan Allah dan akur kepada Kekuasaan-Nya. Allahuakbar, Alhamdulillah, Subhanallah. Allahuwaklam. Wassalaam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: