Sediakan Selipar Tandas di Boot Kereta Anda

26 Oct

Perasan tak terdapat semakin banyak masjid yang tidak lagi menyediakan selipar tandas? Mungkin pihak masjid menganggap tandas mereka cukup bersih, atau mungkin pihak masjid sudah kecewa dan tak sanggup lagi menangani kes kecurian selipar tandas ini.

Apa pun, penggunaan selipar atau alas kaki ke tandas adalah termasuk ikhtiar menjaga kebersihan diri – iaitu sesuatu yang dianjurkan oleh Rasulullah secara umum. Selain dari itu, ia juga termasuk dalam anjuran khusus dari Rasulullah (antara anjuran yang lain adalah: baca doa khas keluar dan masuk, menutup kepala dan memakai alas kaki, duduk bertinggung, tidak menghadap atau membelakang qiblat secara tepat. Sila rujuk blog satizah – iaitu ustadz dan ustazah- untuk mendapatkan dalil dalil ini secara terperinci)

Jadi, anda ke tandas masjid dan tiada selipar disediakan dalam tandas tersebut. …..

Saranan saya: Sediakan selipar tandas simpanan di dalam kereta anda. Apabila anda menghadapi situasi sedemikian, keluarkan selipar tersebut untuk digunakan dan anda boleh tinggalkan terus selipar tersebut untuk kegunaan pengunjung lain.

Saranan tambahan. Cuba kekedai dan meninjau selipar murah. Bila anda jumpa yang murah, beli sepuluh atau lebih. Contonhya, saya pernah jumpa selipar dengan harga Rm1.70 – Beli sepuluh baru tujuh belas ringgit. Kalau sangat minat beli saja seratus baru seratus tujuh puluh🙂
dah boleh bersedekah ke seratus masjid.

Saranan tambahan tambahan: Jika anda rajin, anda boleh tolong buatkan seperti yang biasa dibuatkan oleh masjid, memotong sedikit selipar. Secara adatnya, selipar ‘potong telinga’ ni difahami bahawa selipar waqaf masjid, dan tidak akan ditersalahbawabalikkan oleh sesiapa.( atau kurang sikit peluang ter nya)

Dan seperti biasa, jika anda nak bawa lagi amalan ini menjadi lebih jauh perbatuan, sebarkan ide ini kepada rakan-rakan. Anda juga boleh beri hadiah sepuluh selipar murah kepada rakan untuk dimuatkan ke boot keretanya. Jika anda ingin berbuat sedemikian, pastikan penerima hadiah ini sama wavelength dengan anda- wahdatul fikr– sepemikiran. Jika tidak, mungkin ini menjadi beban pula kepada dia dan menjadi amalan pahala bonus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: