Perpanjangkan Sedekah dan Hadiah Kepada Orang Lain

26 Oct

Adakah anda selalu mendapat hadiah yang anda tidak tahu apa yang nak dibuat dengannya? Sesetengah orang berpendapat bahawa hadiah adalah sesuatu yang sentimental dan anda wajib menyimpannya sebagai tanda penghargaan kepada si pemberi.

Bagaimana kalau anda menukar perspektif, iaitu hadiah adalah sesuatu pemberian sebagai amalan dalam Islam. Maka menghargainya adalah dengan cara memanafaatkannya sepenuhnya.

Hadiah memang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan termasuk dalam amal yang mendapat pahala juga.

Hadith Rasulullah “tahaadu- tuhibbu” (maaf, belum tahu mana nak cari font jawi). “hadiah menghadiahilah sesama kamu- akan timbul perasaan cinta mencintai” Hadith ini saya hafal amalkan dan amalkan sebab hasilnya di dunia lagi dah nampak – tak pe itu cerita lain kali, cerita hari ini nak menanjangkan hadiah)

Jadi, kalau kita dihadiahkan dengan sesuatu yang kita kurang manafaatkan, jangan dibiarkan ia berdebu sahaja, panjangkan ia kepada pihak lain yang lebih menghargainya. Insyallah pahalanya dan kasih sayangnya juga akan dirasakan oleh si pemberi pertama tadi.

Contohnya: seseorang menghadiahkan makanan yang bagus kepada kita, tapi kita kurang minat dengan makanan tersebut atau ianya dalam jumlah yang banyak. Fikirkan siapa lagi yang minat dan akan seronok berkongsi makanan tersebut. Pengalaman saya sendiri, makanan tak habis dirumah, dibawa ke pejabat, jadi rebutan, makanan pejabat di bawa ke rumah juga seperti itu juga. Tambahan, bersyukur, saya berjiran dengan pondok pengajian yang mempunyai anak kecil. Jadi kalau apa makanan tak habis di pejabat, saya sentiasa volunteer nak menghabiskannya.

Contoh yang lain adalah hadiah cenderahati. Saya sendiri oleh kerana tidak berjiwa sentimental dan tidak berjiwa seni, dahulu selalu pening dengan hadiah-hadiah cenderahati. nak tolak, tak baik kerana pihak yang memberi ikhlas memberi. Sekarang saya dah jumpa beberap jalan kreatif nak memanafaatkannya. Antaranya adalah: merecycle plaque cenderahati. Pelajar dari insitusi saya boleh mendapatkan plaque yang saya dapat dari institusi saya sendiri, dan tampalkan nama penerima lain dengan cantik. Jimat belanja dan kurangkan perbelanjaan. Hadiah-hadiah kecil cenderahati dari lawatan overseas rakan, boleh disedekahkan ke tabung cabutan bertuah- pelajar amat meminatinya.

Bagaimana dengan plaque yang diberi oleh institusi lain kepada kita? Agak susah kita nak mencari seseorang di sana untuk merecyclekan cenderahati tersebut. Alhamdulillah, saya baru diberi ilham bagaimana untuk memanafaatkannya. Beri kepada seseorang dari institusi tersebut yang dapt menghargainya. Antara yang menghargainya adalah pengawal keselamatan atau pekerja pencuci bangunan. Saya pernah bertanya kepada pengawal keselamatan “encik dah lama kerja disini?” mengangguk. “Ada tak sesiapa pernah bagi cenderahati sebegini kepada encik?”  menggeleng “hari ini boleh tak saya nak beri cenderahati ini kepada encik. Enciklah yang layak mendapat cenderahati ini kerana encik telah lama bekerja disini.”   Setakat pengalaman saya, penerima selalunya seronok menerimanya. Cuma ( he he) saya berhati-hatilah, tidak melakukan perkara tersebut di hadapan si pemberi tadi – tak mahulah panjang cerita kerana mereka mungkin masih belum memahami falsafah kita. Insyallah memanjangkan sedekah atau hadiah ini tidak menunjukkan bahawa kita tidak suka hadiah tersebut, tetapi sekadar menyampaikannya kepada pihak yang menghargainya lebih dari kita.

2 Responses to “Perpanjangkan Sedekah dan Hadiah Kepada Orang Lain”

  1. ahmad fadzil mohamed October 29, 2009 at 10:27 pm #

    salaam sdri. nadiah.
    tahniah di atas kejayaan memperkasakan lagi hidup kita menuju ke jalan yang lurus. saya tumpang berbangga dan besar hati dapat mengaku sebagai kenalan dan sahabat lama sdri. didoakan usaha-usaha sdri ini mendapat rahmat dan berkat dari Allah SWT serta mencapai matlamatnya.

  2. Nadiyah January 8, 2010 at 9:00 pm #

    Assalamualaikum,
    terima kasih fadzil. Saya berharap agar ada rakan-rakan yang sudi untuk menyumbang artikel atau komen ke arah yang sama. kalau ada ide, hantarlah, boleh kita kongsi bersama. maassalaama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: