Ide untuk Mencari Pahala Bonus: Pengenalan

26 Oct

Kita sentiasa berfikir bagaimana untuk mencari pahala bonus. Jika kita tidak sedemikian, kita kena menjadi sedemikian!

Mungkin kita mendapat sumber pahala utama dari:
amalan ibadat khusus seperti solat,
amalan ibadat sunat seperti zikir dan membaca quran
amalan ibadat harian mengikuti sunnah rasulullah seperti bersugi, berpakaian, dll
amalan khidmat masyarakat seperti bersedekah, dll.

Pahala ini juga boleh ditetapkan supaya ia sentiasa mengalir. Ini dinamakan pahala jariah. Ia seperti di atas, tetapi ditambah dengan faktor mengalir iaitu:

mengajar seseorang melakukan perkara di atas. Selagi dia melakukannya, atau mengajar orang lain melakukannya, kita akan dapat pahala bonus atau pahala komisyen.

Memberi kemudahan kepada orang lain membuat amal, seperti menyediakan telekung, selipar solat, maka kita akan mendapat pahala asas bersedekah dicampurkan lagi dengan pahala bonus apabila individu beramal dengan menggunakan kemudahan yang kita sediakan.

Menyumbangkan wang atau harta yang terus boleh dimanafaatkan kepada orang lain seperti waqaf bangunan, jalan, tanah, harta amanah (harta yang digunakan manafaatnya tanpa habis harta tersebut)

Selain dari mendapat pahala asas, kita juga boleh mendapat pahala bonus yang kecil-kecil. Saya namakan ini pahala menyambil. Iaitu, kita melakukan amalan baik tak kira bagaimana kecil kepada siapa saja. Yang menjadikan faktor adalah pahala ini dapat dilakukan secara menyambil tanpa mengeluarkan modal yang banyak atau memerlukan pengorbanan yang banyak. Mungkin ada orang mengatakan, kalau tanpa mujahadah, nanti pahalanya sikit.

Jangan salah faham. Memang kita perlu menjalankan amalan yang memerlukan pengorbanan untuk mendapatkan ganjaran yang banyak.
(insert hadith kamu tidak akan … selagi kamu tidak menyedekahkan apa yang kamu sayangi…)
Namun ini tidak bermakna Allah tidak melihat amalan-amalan yang kecil. Allah menjanjikan bahawa setiap amalan akan dibalas – meskipun ia sebesar satu zarah (surah Zilzalah) dan apa yang Allah balas nanti tidak akan menjadi kecil apabila kita di akhirat nanti.

Apa pun, yang penting mengenai projek pahala menyambil ini adalah kerana ia tidak memerlukan pengorbanan yang tinggi, ia mudah dipupuk bagi kita yang baru mula memikirkan hidup beramal ini. Disiplin memupuk diri menjalankan amal yang baik akan mendekatkan diri kepada Allah.

Selain daripada itu juga, amalan kecil ini tidak terlalu terdedah kepada cabaran ujub diri. Sedangkan apabila kita beramal yang besar-besar, kita juga harus menangani cabaran menjaga hati dari ujub, riak dan sum’ah. (tapi kalau kita ni ujub juga dengan amalan amalan kecil kita – itu kes teruk tu, dan kita harus berkursus intensif dalam amalan tasawuf membersihkan diri dari sifat mazmumah🙂

Dalam siri pahala bonus ini saya mengharapkan juga cadangan dan ide kreatif dari rakan-rakan bagaimana lagi kita boleh mendapatkan pahala bonus. Jika ada rakan yang berminat untuk contribute artikel penuh juga dialu-alukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: