Adab Meminjamkan

24 Jun
Dalam suatu riwayat oleh segolongan ulama Hadis disebutkan Rasulullah SAW bersabda ; “Pada malam diisrakkan, aku melihat di atas pintu syurga bertuliskan: Sedekah dilipatgandakan sepuluh kali dan memberi hutang dilipatgandakan lapan belas kali. Barangsiapa memudahkan orang yang kesulitan, Allah akan memudahkan di dunia dan di akhirat”

Saya dahulu mempunyai satu penyakit hati; iaitu bila seseorang meminjam wang dari saya dan mereka tidak bayar, saya akan rasa mereka menipu, dan saya pula seorang bodoh yang membiarkan diri ditipu. Maka, saya memegang polisi peribadi- tidak memberi pinjaman kepada sesiapa, dan saya merasakan diri saya ‘bijak’ mengatur langkah. Jika ada wang, sedekah dengan ikhlas- tetapi tidak memberi pinjaman.

Ini berjalan sehinggalah saya mengenali suami dan prinsip meminjam beliau. Menurut beliau, semasa diminta pinjaman, beliau akan fikir dahulu; “Adakah saya mampu memberi sedekah dengan jumlah ini?” Jika mampu, beliau akan meminjamkan jumlah wang tersebut, dan meniatkannya sebagai sedekah. Jika rezeki wang tersebut kembali, alhamdulillah. Jika tidak- sememangnya tidak perlu lagi memikirkannya.

Saya menanyakan beliau; bagaimana kalau sahabat itu mengambil kesempatan dan meminjam dan meminjam tanpa membayar?

Jawab beliau- letakkanlah – setiap orang mempunyai satu kredit berhutang yang boleh ditukarkan kepada sedekah.

Alhamdulillah, saya meminjam polisi beliau dan ternyata ia mampu diamalkan tanpa sakit jiwa merasakan diri ‘tipah tertipu’.(bodoh meletakkan diri dalam keadaan mudah ditipu orang)

Hasil Zina Menjadi Komoditi Nilai Tinggi?

14 Aug

Saya baru mengenali satu site yang menjadi orang tengah kepada ibu yang mengandung luar nikah dengan pasangan yang inginkan anak angkat. Agensi ini mengumpulkan maklumat mengani adanya ibu-ibu yang bersedia melepaskan bayi, dan agensi ini akan memilih kepada siapa mereka akan berikan maklumat berharga ini. Jika setelah anda like page ini, dan didapati oleh mereka anda bergama dll, maka anda layak terpilih menajdi pasangan bertuah yang akan mendapat peluang keemasan menerima bayi tersebut. Pasanan dijangkan bersedia mengluarkan  kos hospital sepenuhnya , dan berterima kasih kepada ibu kansung yang berbaik hati menyerahkan komoditi yang berharaga ini.

Niat agensi ini memang  baik. Mereka melakukannya keranaAllah. Mereka juga tidak mengenakan cas walaupun sebenanrya  ramai dari ibubapa angkat akan sanggup membayar dengan harga yang tinggi.

namun langkah yang mereka lakukan tidak mengikut fiqh auliyat.

Berbaur perasaan saya terhadap perkara ini. Saya tidak mengkritik agensi tersebut.  Mereka hanya melakukan sesuatu untuk membantu ahli masyarakt. Ada  yang mengandung dan tidak mahu atau tidak mampu menjaga bayi- ada pihak yang mampu dan inginkan bayi. Maka agensi sekadar bertindak sebagai jambatan penghubung.

 

Yang menyebabkan saya tidak selesa adalah berhadapan dengan sikap budaya kita yang terlalu akur kepada normaliti- semua pasangan mahukan anak sehingga anak tak sah taraf menjadi komoditi yang terlalu berharga. Walaupun anak-anak ini sendiri tidak bersalah, mereka lahir dengan kecacatan sosial dan moral yang terpaksa ditanggung sebagai dugaan dari ALlah. Ini realiti yang sepatutnya berlaku jika kefahaman agama ada. ( Jika lebih lagi kefahaman dalam masyarakat, tentu golongna ini juga tidak ujud)

Sebaliknya, realiti sekarang, ibubapa angakat menyambut peluang mendaptkan bayi  dari hasil penzinaan ini sebagai kurniaan yang tak ternilai. Seperti kata seorang ibu angkat, “Bersyukur, bersyukur, tak terkata bersyukurnya saya.” dengan linangan air mata terharu. Sehingga terlintas pula dihati kita; “Adakah anda bersyukur keranan seseorang telah berzina dan menghasilkan anak untuk anda sayangi?”

Ibu kandung pula, tidak terlihat langsung penyesalannya. Tiada tersipu-sipu. Tiada rasa canggung. Sebaliknya, dia mempunyai bargaining power yang besar dalam transaksi ini. Teringat saya semasa menemani satu pengambilan bayi sebegini. Nenek kandung yang berkuasa atas proses tersebut, boleh demand demand pula kepada bakal ibu angkat, datang jam berapa, buat sebagaimana – demi untuk tidak menyinggung hati si anaknya yang perlu dijaga bagai menatang minyak penuh! Aduhai! Ingin saya menasihati beliau. Bukan masanya anda menjaga hati anak anda takut terluka. Ini masanya anda menjaga hati anak anda supaya bertaubat dengan penyesalan dan merancang untuk menjdai hamba ALlah yang lebih baik.

Namun, saya tidak menyuarkan apa-apa kerana saya hanya dalam kapasiti si ibu angkat yang begitu teruja dan berharap untuk mendapat kurniaan cahaya mata. Kiran saya, jika saya ‘bermulut celupar’ mahu si nenek kandung itu menyuruh saja kami pulang dan dengan mudah saja menghadiahkan permata berharga itu kepada bakal ibu angkat yang lebih akur dan menghormati perasaan anaknya.

Sepatutnya, si ibu kandung, dengan perasaan malu pada ALlah dan malu pada masyarakat, tidak mampu lagi menyuarakan apa-apa. Ini tidak- beliau lah puteri dalam transaksi ini – dan neneklah si permaisuri. Sepatutnya si ibu angkat sebagai penyelamat- tapi dalam dunia yang terbalik ini, dialah si peminta sedekah.

Nilai moral masyarakat kita sudah terbalik. Jika betul kefahaman islam semua orang, sisibu angkat yang tidak ada anak boleh redha dengan situasinya dan tidak terlalu kepingin anak sehingga menjadi peminta sendekah. Si ibu kandung dan ibunya sepatutnya ada sedikit malu dan penyesalan, sehingga tidak sampai hati mendemand demand seperti merekalah yang mulia membantu keperluan orang lain.

Kembali ke persatuan tadi – sepatutnya keutamaan diusahakan untuk mendidik  si sibu kandung tadi untuk bertaubat dan memulakan hidup baru- bukan sekadar menjadi orang tengah membantu mereka yang tidak dianugerahkan anak secara bio oleh Allah untuk mendapatkan anak; atau sekadar menyediakan tempat ‘membuang’ bayi secara selamat dan terhormat supaya seperti kata mereka; ” tak lah dibuang bayi ke dalam tong sampah.”

Saya mungkin tak berhak bercakap sebegini kerana saya belum melakukan sesuatu yang praktikal untuk membantu pihak yang terlibat.  Saya akui, saya sepatunya membuka agensi membantu yang lebih meningkatkan keagamaan, dan bukan hanya mengkritik. Namun sebagai ahli akademik, perlu juga dinyatakan sebagai tazkirah kepada mereka yang mahu mengambil pengajaran. Semoga kita lebih berjaya mendidik masyarakat dalam kefahaman agama sehingga tidak lagi ternampak dengan begitu jelas terbaliknya keutamaan dan terlihat sahih kejanggalannya

Jemputan Menulis wasiat anda dalam kolum “wasiat dari simati untuk yang bakal mati”

7 Aug

Antara dakwah yang berkesan adalah apabila kita membaca wasiat dari oang yang telah mati, bila ia bercakap mengenai kematian. Kerana bacaan kita mengenai kematian itu sangatlah ‘real’ memandangkan yang bercakap itu telah pun berada di alam sana. Inilah yang terdekat kepada mendapat  pesanan dari simati secara real time.  jika tak percaya, cuba anda ziarah blog si mati dan baca kembali penulisan meraka- seram kan?

Namun, selalu perkara yang berlaku adalah, simati ini semasa menulis, tak fikirkan pun yang orang akan baca penulisan mereka setelah mereka mati. maka, kata-kata mereka tu ada yang tak bagus dan tak sesuai disebut oleh orang yang sudah mati, maka ahli waris mereka pun berikhtiarlah untuk memadamkan penulisan mereka demi menjaga maruah mereka.  Maka kesan seram tu pun hilang begitu saja.

Namun kawan-kawan- saya yakin sudah pun berwawasan bahawa tiap kali menulis, tak kisah jika penulisan tersebut dibaca selepas mereka mati- betul tak? ( kalau tak betul, betulkan ya!). Pastikan penulisan kita adalah ‘death compliant.’

Apa yang saya nak cadangkan disini lebih fokus dan berkesan lagi- iaitu  bukan sekadar ‘death compliant’ tetapi terus ‘death in spirit’ . Saya mengajak setiap seorang dari kita menuliskan sekurang-kurangnya satu wasiat yang memang khas ditulis untuk dibacakan setelah anda mati nanti. Koleksi tulisan ini kita himpunkan dalam blog bernama “wasiat simati untuk yang bakal mati’.

Saya sebenarnya dah buat blog tu,- wasiat simati untuk yang bakal mati-  tapi lupa pula di mana leatknya, sya ni bukannya techie savvy sangat. Maka untuk memudahkan hidup, saya buat saja kolum  dalam blog saya yang bernama “projek dunia akhirat” . Kita akan publishkan dululah semua artikel sebab kalau nak tunggu mati baru publish, takut publisher nya pula mati dulu he he (semoga saya mendapat husnul khatimah) Tapi jika da sesiapa yang mati- kita alehkan ke kolum yang khas untuk yang dah mati- ha- baru kow mesej dakwah dari simati.

Maka- kawan-kawan. Mula mula mohon sharekan cadangan ini sebanyak mungkin, kemudian sila mula menulis wasiat anda. Jangn risau kalau tak best, anda sentiasa boleh mengedit dan menghantarkan versi baru, atau artikel pesanan baru, wasiat bukan hanya satu. saya sendiri bercadang , jika diizinkan allah dan jika keutamaan lain dipenuhi, untuk menulis buku bertajuk sama.

Janganlah tulis wasiat faraid harta atau suruh bayar hutang. tulis wasiat supaya orang beriman. dakwah dari alam kubur- semoga menjadi amal jariah, nanti kita dikubur, pahala masuk- passive income, perpetual income- insyallah.

tuan puan boleh menghantarkannya di inbox saya ( FB nadiyah elias) , post di wall saya, atau tempelkan saja dalam komen di bawah cadangan ini dalam blog perancangan/projek dunia akhirat saya ( wordpress). Nanti kita susunkan mengikut giliran kematian.

Azam peningkatan diri berterusan

12 Feb

walau pun kita bukan sempurna, sikap sentiasa ikhtiar meningkatkan diri akan menjadikan diri kita lebih dekat dengan diri kita yang kita idamkan- iaitu menjadi hamba Allah yang terbaik. Doa mencapai keunggulan diri. “Ya Allah, jadikanlah terbaik amalan ku amalan penutup (husnul khatimah), terbaik dari umurku- yang terakhir (iaitu minta supaya graf kualiti kehambaan kita sentiasa menaik dan tak menurun), dan yang terbaik dari hariku adalah hari bertemu denganMu (bila mendapt keredhaan Allah, hari bertemu dengan Allah akan menjadi hari terbaik. Rugilah jika kita meletakkan sasaran hari terbaik kita hari graduasi, hari kenduri perkahwinan, atau hari jadi jutawan atau bergelar dato.) Teruskan meningkatkan amalan diri untuk mencapai sasaran kita menjadi diri kita versi terbaik sebagai hamba Allah. Jangan sekadar 1.0 atau 2.1.1. Biarlah sentiasa meningkat sehingga akhir hayat

Hidup Mudah, Meninggal Mudah – Semoga kita juga memperolehi Husnul Khatimah

22 May

Ibu kepada rakan saya telah minginggal dunia semalam. Beliau saya kenali sebagi Maknjang, dan saya anggap sebagai sahabat perjalanan menuju ke Allah. Beliau bukan guru agama, malah sangat sedikit dan ringkas pengetahuan agama, tetapi saya banyak belajar perkara-perkara keagamaan dari belia.

Maknjang berhijrah ke pondok kami untuk memulakan kehidupan baru setelah bercerai. Beliau datang membawa hanya seorang anak (rakan saya), dan kemudiannya berikhtiar membawa anaknya yang lain bersama, dan beliau bekerja keras membesarkan kelima-lima dari mereka seorang diri. Belaiu kurang pengetahuan agama, dan bekerja keras meningkatkan bacaan Quran, solat dan lain-lain, tetapi beliau telah sedia dibekalkan dengan akhlak yang sangat saya telah kenalpasti dan sangat saya hargai sejak dari kecil.

Antara sifat beliau adalah pemurah. Setiap saya berkunjung ke rumahnya, saya sentiasa ditawarkan untuk bersama menikmati makan, padahal keluarga tersebut hanya makan dua kali sehari sebagi langkah penjimatan. Saya, yang sedar mengenai kemesraan dan kebaikan beliau, malangnya, belum lagi menyedari mengenai kemiskinan, selalulah turut bersama menghabiskan juga makanan  tersedia kerana menu di rumah tersebut berbza dari yang dirumah saya, maka ia sangat sedap untuk seorang kanak-kanak.

Antara sifat yang lain adalah beroptimistik dan berlapang dada. Sepanjang bersama beliau, saya tidak pernah mendengar beliau mengeluh mengai nasib tau kesusahan yang dialluinya, tetapi lebih kepada cerita cerita bagaimana beiau berikhtiar menjadi orang yang lebih baik. Setelah saya meningkat dewasa, saya mula mengenali bahawa  sembang-sembang begini hanya mampu disembangkan oleh orang-orang positif, dan saya seronok sekali bila berpeluang bersembang dengan beliau.

Antara sifat yang lain juga  yang sangat berkaitan, adalah sikap tidak pernha memburuk-burukkan orang lain. Dari orang-orang tua lain yang saya gauli, terdengar cerita begini begitu mengani kelemahan Maknjang, tidak pandai baca QUran dengan tajwid, tidak tahu ini dan itu, berfikiran orang macam-macam lagi penilaian orang kepada beliau, tapi saya tidak pernah mendegnar beliau memberu lpenilaian ke atas orang lain. Ini membuat saya  memberi penilaian sendiri bahawa tahap pengetahuna agam tidak semestinya membawa kepada penghayatan agama, dan bagi orang yang belajr sedikit, tetapi mengamalkannya dengan tekun adalah jauh lebih baik dari orang yang beljar ini dan itu tetapi tidak menghayatinya.

Semasa menziarahi  keluarga beliau, saya berkesempatan melihat wajah beliau untuk kali terakhir. Gembiranya hati saya, dan terhiburnya saya melihat wajah Allahyarham maknjang masih tersenyum seperti kebiasaan beliau semasa hidup. Apabila mendengar mengenai hadith  di bawah ini, saya mesti akan teringatkan maknjang, dan kematian beliau  pula mengingatkan saya mengenai hadith ini:

Allah menyukai orang-orang yang baik, bertakwa dan tidak terkenal yang bilamana mereka tiada,

mereka tidak akan dicari, dan bilamana mereka ada, mereka tidak dikenali.

(Sedutan hadith yang panjang riwayat Umar bin Khattab r.a)

Bagi kita yang sudah memang hidup bermasyarakt dan memimpin orang lain, maka tak dapat lagilah untuk menjadi orang yang tidak dikenali. Namun kita masih berharap untuk menjadi orang yang diceritakan dihujung hadith ini. ( maaf sayabelum sempat mencari hadith ini yang penuh, tetapi maksudnya menghampiri sebegini)

dikenali di langit, dan doa mereka dikabulkan…

Semoga Maknjang diterima Allah sebagai hambanya yang taat, dan berbahagia di alam kekal, kita juga menuju ke sana insyaallah.

Satu lagi hadith yang bersesuaian juga dipelajari dan disematkan di dalam hati kita:

” Kematian itu berupa hadiah kepada orang-orang mukmin”

[hadith riwayat Abdullah ibn Umar:  diambil dari Abdullah al mubarak dalam kitab Az Zuhud; Ibnu Abi Darda dalam kitab mengingati mati]

Saya menyedari saya tidak merasakan kesedihan pada ziarah saya semalam. Bukan kerana tiada pertalian persahabatan dan persaudaraan Islam, hanya kerana naluri saya seperti yakin bahawa maknjang betul-betul menuju kepada kehidupan yang lebih selesa dan bermakna.

Kita tidaklah boleh melihat ke alam ghaib, Namun kita boleh bersandarkan kepada kata-kata ulama:”Telah sampai kepadaku berita bahawa permulaan yang dirasakan oleh orang-orang yang beriman ialah kematian, diamana dia dapat melihat  kemuliaan Allah Taala dan kelimpahan pahalanya”  kata-kata  Malik b Mighwaal – menginterpretasikan hadith rasulullah SAW:

” Tiadalah bagi seorang mukmin itu melainkan dia merasakan kematian itu lebih baik baginya….”

dari abu darda- (maaf tak dapat sanadnya, saya petik dari buku Keseronokan RUh menmui ALlah – oleh Imam al Jalaluddin As Sayuti, terjemahan Abdullah AL Qari, hidayah publications)

Semoga Allah menjadikan kita orang yang mencitai kematian, merindukan kehidupan di alam akhirat, dan meningkatkan diri beramala dalam persediaan menyediakan ekalan perjalanan. Ya Allah, saksikanlah keinginan kami, dan bantulah kami mencapainya, amiiin!

Semoga Kita Jumpa di Sana Dalam Keredhaan Allah

6 May

link kepada berita kematian Allahyarham Dalilah. Saya amat terlambat mendapat berita mengenainya.

http://elviza.wordpress.com/2010/07/19/dalilah-tamrin-1968-2010/

Saudara saya, Allahyarham Dalilah Tamrin, dalam kenangan.

Saya tidak mengenali beliau secara rapat. Sekadar pengikut blog dan FB Allahyarham. Saya pernah menghantar nota menegur baliau atas gambar yang membuka aurat.  Tak sangka, belaiu menyambut manis terguran tersebut dan menga addkan saya dalam FB. Dari situ saya mengenali  sikap dan pemikiran beliau, dan jatuh cinta kepada beliau. Semoga Allah mengampuni semua dosa beliau dan memasukkan beliau ke dalam golongan hamba yang diredhai, dan semoga kita  juga  sedemikian. Marilah kita sama-sama membacakan  surah fatihah, dan menghadiahkan fadhilat atau keberkatannya kepada Allahyarham Dalilah, dengan izin Allah.

Saya tidak ingin bersedih atas pemergian beliau menghadap kepada Allah, cuma ingin mengambil semangat di sini, untuk meneruskan kehidupan ini sebagai peluang yang diberi Allah, untuk berikhtiar lagi mendapat keredhaanNya.

Bagaimana kah langkah-langkah kita seharian untuk mendapatkan keredhaanNya?

1) Setiasa bertaubat, iaitu kembali ke pangkuan Allah memohon ampun dan restu, menyemak diri jika ada tingkahlaku yang tidak menepati syarak atau sumbang, dan berazam untuk mambaikinya. Untuk ini, kita juga harus berdoa supaya Allah sentiasa menunjukkan kepada diri kita jika ada  tingkahlaku  sumbang yang perlu dibaiki, kerana tanpa teguran dan bimbingan dari ALlah, kita tentu akan merasa puas hati saja dengan tingkahlaku kita dan tidak nampak kesalahan sendiri yang perlu diperbaiki.

2)Sentiasa berikihtiar melengkapkan lagi diri dengan ilmu-ilmu yang akan membimbing kita menjadi hambanya yang taat. ini termasuk tauhid, fiqh dan tasawwuf

3)Sentiasa dalam usaha meningkatkan amal, memulakan amalan baru serta istiqamah dalam amalan yang telah sedia ada

4)Sentiasa berikhtiar untuk menyebarkan ajaran agama, saling memotivasikan antara satu sama lain untuk masing-masing berlumba mengejar keredhaan Allah.

Dalam menjalankan ikhtiar-ikhtiar di atas, kita bertawakal kepada Allah, memohon kekuatan dan pertoongan daripadanya, dan  mempuyai harapan yang tinggi bahawa Allah tidak akan mengecewakan  harapan hambaNaya kepada Nya. Kita yakinkan diri dengan janji Allah bahawa Dia suka untuk bertemu hambaNya yang suka untuk bertemu denganNya.

Jika kita berterusan dalam keadaan begini, bolehla kita  memandang positif  terhadap kematian, sehingga mungkin juga  ada di antara kita yang meningkat ke tahap merindui saat bertemu dengan Allah.

Ajal kita mungkin hari ini- Sudah bersediakah kita?

27 Apr

Utusan Malaysia Online – Terkini.

Anak dewasa kepada seorang sahabat saya telah meninggal dunia semalam. Arwah baru berumur 27 tahun. Mari kita hadiahkan pahala dan keberkatan fatihah atau yassin untuk beliau. SemoAllah mengampuni semua dosa-dosa beliau dan mengangkat darjah beliau  menjadi dalam golongan hamba yang soleh.

Bagi kita yang masih diberi masa di dunia ini, eloklah mengambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku- ajal dan maut tidak mengenal umur. Maut boleh menjemput pada bila-bila masa sahaja tanpa notis. Anak-anak saya yang dewasa juga berumur 27 dan 28. Dari cakap-cakap mereka, saya tidak nampak lagi wawasan mereka melangkau hingga ke akhirat. Betul, mereka dirikan solat dan tutup aurat, tapi selain dari menunaikan perintah wajib tersebut, adakah mereka bangun pagi dengan azam untuk meningkatkan bekalan amal bagi hari tersebut. Perbincangan juga lebih kerap berlegar sekitar peningkatan kerjaya dan kewangan. Saya tidak boleh marah atau kecewa dengan mereka. Saya sendiri juga semasa muda daulu, jarang memikirkan perkara-perkara akhirat secara harian.

Walaupun tidak salah mebincangkan hal duniawi, saya selalu terfikir-fikir, bagaimanakah untuk mengubah wawasan seseorang daripada memikirkan perancangan kebajikan di dunia sahaja- kepada perancagan akhirat. Saya belum berjaya menarik perhatian anak-anak saya dalam perkara ini, dan saya masih mencari-cari formula peringatan yang berkesan bagi orang muda yang belum terfikir mereka akan mati hari ini.

Bagi kita yang lebih tua pula, pelbagai peringatan telah diberikan oleh Allah kepada kita untuk mengingatkan kita mengenai betapa sangat sementaranya dunia yang kita huni ini. Selain dari kulit yang semakin mengedut dan rambut yang mula beruban, kita juga di ziarahi penyakit-penyakit remeh temeh- lenguh, sengal, terseliuh, dan macam lagi reaksi badan akibat semakin lemah menghadapi cabaran dunia. Namun, lebih banyak masa seharian kita tumpukan kepada penyenggaraan tuntutan kerjaya, dan bukan kepada bekalan akhirat.

Saya selalu memikirkan bahawa manusia tidak bertungkus lumus menyediakan bekalan akhirat kerana mereka ‘perasan’ bahawa mereka akan hidup lebih lama lagi, maka mereka bertangguh. Namun, saya memerhatikan, terdapat sahabat yang telah diberitahu oleh doktor bahawa mereka mempunyai masa yang pendek saja lagi untuk hidup. Adakah mereka bertungkus lumus beramal dan berdakwah?  Sedih untuk menyatakan- tidak juga. Saya membaca blog  beberapa orang yang telah mengidap penyakit  yang membawa maut ( walaupun kita tidk bolhe menghukum begitu- pada adatnya lah, ianya begi Entries kepada blog dan facebook merka juga lebih kepada perkara remeh temeh harian dan bukan kepada ikhtiar akhirat. Saya bukanlah nak mengkritik kelemahan mereka. Saya cuma terfikir, adakah semua insan begitu, lebih cenderung kepada kehidupan seharian disini daripada berfikir apa yang ada diseberang sana, walau pun sudah mendapat tiket ke sana.

Saya masih belum menjumpai formula yang berkesan untuk mengajak semua orang . termasuk diri saya , supaya lebih akhirat oriented berbanding dengan dunia oriented. Setakat ini, cuma beberapa tips untuk meningkatkan amalan harian. Semoga Allah memberi cahaya yang terang, menunjukkan jalan bagaimana untuk berkempen sedemikina kepada orangramai.

wallahualam

Apa Yang patut kita lakukan sementara menunggu untuk berjumpa dengan Allah?

9 Apr

alhamdulillah, semasa saya menulis ini bagi saya, dan semasa membaca ini bagi sahabat seperjalanan, kita masih  belum dimatikan  oleh Allah lagi, dan kita masih diberi peluang oleh Nya untuk meningkatkan azam untuk menjadi hamba Allah yang lebih taat, berazam untuk menjadi pendakwah yang lebih berkesan.

Sebelum ini, saya selalu memberi gambaran kepada rakan-rakan  bahawa gaya hidup kita yang paling sesuai adalah seperti orang yang bersedia untuk memulakan perjalanan: pakaian telah disimpan di dalam beg, bekalan dan perancangan perjalanan telah di atur. Cuma, oleh kerana kita tidak memandu sendiri, kita perlu bersabar menunggu ‘teksi’ malaikat maut untuk menjemput. Sementara menuggu, dengan beg telah tersimpan, kita tetap perlu memenuhi keperluan hidup, perlu makan, tidur, ke tandas dll, juga menyediakan keperluan hidup bagi taggungan kita di rumah. Cuma, dalam melakukan ikhtiar ini, kita harus sentiasa beringat,  kita perlu melakukannya secara ala  kadar dan mengikut keperluan sahaja ( kerana tak mahulah kita dihonkan teksi semasa sedang membina rumah baru- rugi saja tinggalkan rumah baru tersebut, da takut silap-silap, tertinggal beg perjalanan dalam kekalutan pergi dengan tidak bersedia.

Cuma saya dapati dalam gambaran saya tadi ada kekurangannya. Iaitu jika seseorang sedang menunggu untuk mula perjalanan, mungkin dia sudah tidak minat lagi untuk berbuat apa-apa kepada tempat yang nak ditinggalkannya itu.  Saya sendiri kalau akan memulakan perjalanan, makan pun dah tak ‘lalu’. Sedangkan kita sebagai Muslim, dituntut untuk bersemangat bekerja selagi hayat masih ada.

Maka saya betulkan sedikit gambaran falsafah hidup ini;  iaitu, sementara kita menunggu untuk memulakan perjalanan yang  kita tidak tahu entah bila, kita perlu memenuhi masa menunggu kita dengan ikhtiar-ikhtiar menambahkan bekalan.  Sementara menunggu teksi tak berjadual, untuk memulakan perjalanan yang tidak ada kembali ini, kita masih dituntut melakukan dua lagi perkara selain yang disebut di atas:

1) meningkatkan lagi persediaan dan perbekalan perjalanan serta keperluan kehidupan di tempat baru yang bakal kita huni selamanya. Selagi tesi belum sampai, masih ada peluang untuk meng ‘upgrade’kan  dan me ‘renew’kan perbekalan kita

2) mempersiapkan untuk mengingatkan  tanggungan yang bakal kita tinggalkan mengenai perlunya mereka mempersiapkan diri pla keran kita tidak boleh mempersiapkan pebekalan untuk mereka.

Maka gambaran kita menungu teksi bukanlah gambaran seseorang duduk di kusye mundar mandir dan jemu menunggu teksi, sebaliknya perlu ada gambaran kita bergegas ke sini ke sana, menambahkan lagi apa yag perlu, disamping memberi pesanan ini dan itu kepada tanggungan dan sahabat di sekeliling.

Jadi sekarang saya menanyakan soalan ini kepada saya dan sahabat  seperjalanan sekelian?

Sudahkan kita mengemaskan beg dan perbekalan? kerana mungkin mungkin teksi sudah menunggu di halaman rumah. Jika belum, kemaskanlah dahulu yang mana ada, dan janga lupa memasukkan pebekalan husnul zan kepada Allah, da penunaian semua tuntutan yang fardhu. Jika ada hutag yang bleum dibayar kepada manusia, atau hutang solat atau puasa yang belum dibayar kepada Allah, ikhtiarkanlah ia sekarang juga.

Jika beg telah tersimpan, dan teksi belum tiba, adakah kita duduk membuang masa, mengeluh jemu menunggu teksi tiba, atau adakah kita memanafaatkan masa yang ada untuk membantu tangungan kita, dan meningkatkan kualiti perbekalan kita?

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk melakukan sedemikian dengan terbaik dan ter berkesan. Semoga perjalanan kita mendapat lindungan rahmat dari ALlah, dan semoga pesanan yang  sempat kita tinggalkan diizinkan ALlah untuk memperingatkan seramai orang yang mungkin untuk bersedia  menghadapi perjalanan mereka sendiri menuju Allah, Amin Ya Rabal Aa’lamin. Walaupun kami belum yakin dengan persediaan diri, kami rindu untuk berjumpa mu Ya Allah. Dan jemputan belum tiba, kam berjanji ya Allah, untuk menggunakan sepenuhnya umur yang engkau berikan untuk mencari kebaikan dan menyebarkan kebaikan, ya ALlah- bantulah kami dalam ikhtiar ini Ya Allah, dan rahmatilah kami Ya Allah!

www.murai.com.my : Jenazah Yanie Dikebumi Tengahari Semalam

3 Apr

www.murai.com.my : Jenazah Yanie Dikebumi Tengahari Semalam

Posted using ShareThis

www.murai.com.my : Jenazah Yanie Dikebumi Tengahari Semalam

3 Apr

www.murai.com.my : Jenazah Yanie Dikebumi Tengahari Semalam

Posted using ShareThis